Tuesday, October 6, 2009

DOA SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
اللَّهُمَّ ارْزُقْنَا فَهْمَ النَّبِيِّينَ وَحِفْظَ المُرْسَلِينَ وإلْهَامَ المَلاَئِكَةِ المُقَرَّبِينَ فِي عَافِيَةٍ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
“Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami kefahaman para Nabi dan hafazan para Rasul, serta ilham daripada para Malaikat yang hampir dengan-Mu, kurniakanlah kami kesihatan wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”
------------------------------------------------------------------
Doa sebelum masuk ke dalam kelas atau dewan peperiksaan:
وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدا
“Ya Allah, persiapkanlah kami akan urusan kami dengan petunjuk-Mu.”

------------------------------------------------------------------
Doa apabila terlupa ketika menjawab soalan:
سُبْحَانَ مَن لاَّ يَنَامُ وَلاَ يَسْهُو. اللَّهُمَّ ذَكِّرْنِي مَا نَسِيتُ
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa. Wahai Tuhanku, ingatkanlah daku apa-apa yang kulupa.”
------------------------------------------------------------------
Doa memohon kejayaan cemerlang:
اللَّهُمَّ إني أسْألُكَ الفَوْزَ عِنْدَ القَضَاءِ وَمَنَازِلَ الشُهَدآءِ وَعَيْشَ السُّعَدآءِ وَالنَّصْرُ عَلَى الأعْدآءِ
“Ya Allah, kami memohon daripada-Mu kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’, dan kehidupan mereka yang bahagia serta kemenangan ke atas musuh.”

Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PMR 2009

Esok 7hb Oktober 2009, semua pelajar2 tingkatan 3 seluruh negara akan menghadapi peperiksaan PMR..jadi kesempatan ini usth ingin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan kepada semua pelajar tingkatan tiga SMKM terutama pelajar tingkatan 3 Ibnu Sina dan 3 Ar-Radzi..esok paper Pendidikan Islam..jawab sebaik-baiknya..ingat apa yg usth dah ajar...curahkan sepuas2nya dalam ketas jawapan apa yg telah kamu belajar..baca doa sebelum jawab peksa..kalau boleh biar ada wuduk..semak soalan betul ok...

Saturday, October 3, 2009

TAZKIYATUL NAFS

DOSA LIDAH

1. MENGADU DOMBA

Allah s.w.t. telah berfirman:

“Yang suka membisikkan (mencela), dan yang suka menyebarkan fitnah.”
FirmanNya lagi:
“Celaka bagi setiap pengumpat lagi penista.” (al-Humazah:1)

Ada orang yang mentafsirkan perkataan humazah (mencela) itu dengan mengadu-domba atau menghasut.

Allah berfirman lagi:

“Pembawa kayu bakar.” (al-Lahab: 4)

Iaitu isteri Abu Lahab yang dikatakan suka mengadu-domba dan menyampaikan kata-kata orang ke sana kemari.


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Tidak dapat masuk syurga orang yang suka mengadu-domba.”

Sabdanya lagi:

“Orang yang amat tercinta di antara kamu kepada Allah, ialah orang yang terbaik sekali akhlaknya, si pemurah hati yang suka menjamu tetamu, orang yang rapat dengan kawannya dan kawan-kawan pula suka rapat kepadanya. Dan orang yang amat terbenci di antara kamu kepada Allah ialah orang yang suka menyebarkan fitnah (mengadu-domba), orang yang suka memecahbelahkan di antara kawan-kawan, orang yang suka mencari alasan untuk melepaskan diri dari kesalahan-kesalahan.”

Adapun batas mengadu-domba itu ialah mendedahkan segala perkara yang tidak patut disebarkan sama ada ia dibenci oleh orang yang diceritakan perkaranya, ataupun dibenci oleh orang ketiga, sama ada cara mendedahkannya itu dengan perkataan atau dengan tulisan, ataupun dengan isyarat dan gerak geri, sama ada yang didedahkannya itu berupa perbuatan, atau percakapan sama ada ia sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan.

Jelasnya hakikat mengadu-domba itu, ialah membocorkan rahasia orang lain dan melanggar kehormatannya dengan membuka segala rahasia yang ia tidak ingin orang lain mengetahuinya. Oleh itu apa yang dilihatnya dari hal-ehwal orang, hendaklah ia mendiamkan diri saja, tidak dihebahkan dari hal-ehwal orang, hendaklah ia mendiamkan diri saja, tidak dihebahkan kepada orang ramai, kecuali jika penyebarannya itu akan mendatangkan faedah bagi orang islam, ataupun menolak sesuatu maksiat daripadanya. Misalnya jika ia menyaksikan seorang yang mengambil harta orang, maka hendaklah ia menjadi saksi bagi kepentingan orang yang diambil hartanya itu.

Pokok utama yang menyebabkan orang suka mengadu domba itu, ialah sama ada ia memang tidak suka kepada orang yang diadukan dombakannya itu, ataupun ia ingin menunjukkan tanda kesayangannya kepada orang yang diceritakan hal-hal orang yang dibencinya itu. Ia boleh juga disebabkan oleh kebiasaan lidah yang memang suka menceritakan keadaan dan hal orang, serta mencampuri urusan-urusan yang tiada kena mengena dengan diri sendiri, ataupun sudah sememang menjadi tabiat sukakan sifat yang batil itu.

Seterusnya apabila seorang membawa sesuatu berita yang mengadu-domba, maka hendaklah ia jangan tergopoh-gopoh menerima berita itu, dan menyangkakannya benar, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Jika ada orang fasik membawa sesuatu berita kepadamu, maka hendaklah kamu memeriksanya terlebih dulu.” (al-Hujurat: 6)

Kalau boleh, hendaklah ia melarang orang itu dari berbuat adu domba itu, dan menasihatkannya agar ia tidak menyangka jahat atau tidak baik sesuatu yang belum dilihatnya itu. Begitu juga janganlah hendaknya ia suka mengintip-intip untuk mencungkil kesalahan orang.

Berkata al-Hassan: Barangsiapa yang berani membawa berita adu-domba kepadamu, niscaya ia berani juga mengadu-dombakanmu kepada orang lain.

Dengan itu jelaslah bahawasanya si pengadu-domba itu harus dibenci dan tidak boleh dipercayai kata-katanya serta ditolak kebenarannya. Betapa tidak, sebab ia juga tidak hairan boleh menjadi orang yang menjalankan tipu daya dan pengkhianatan atas kemu serta merosakkan nama baik kamu di kalangan orang ramai. Si pengadu-domba itu termasuk golongan orang yang berusaha untuk memutuskan perhubungan yang diperintahkan oleh Allah supaya mengeratkannya, dan mereka itu berjalan di muka bumi menyebarkan kerosakan di antara manusia.

Allah telah berfirman:

“Hanyasanya jalannya untuk menyalahkan orang-orang yang melakukan penganiayaan ke atas manusia, dan mereka menganjurkan sesuatu (bencana) di atas muka bumi ini tanpa hak (kebenaran).” (asy-Syura: 42)

Orang yang mengadu-domba itu, tidak syak lagi termasuk ke dalam golongan ini.

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Sesungguhnya orang yang paling jahat, ialah orang yang ditakuti oleh orang ramai kerana kecelakaannya.”

Orang yang mengadu-domba juga, termasuk ke dalam kumpulan orang-orang yang jahat.

Apabila Muhammad bin Ka’ab al-Qurazhi ditanya: Mana satu sikap orang Mu’min yang boleh menjatuhkan kedudukannya. Jawabnya: Banyak berbicara suka membocorkan rahasia dan mempercayai semua cakap orang.

Berkata setengah ahli pendita: Jika pengadu-domba itu sudah berjaya menyampaikan fitnahnya kepadamu, niscaya ia menjadi orang yang berani memaki-makimu, padahal orang yang difitnahkannya itu lebih utama mendapat belas kasihanmu, sebab ia tiada menghadapkan caci-makinya kepadamu.

2. PERCAKAPAN DUA MUKA (TALAM DUA MUKA)

Orang yang bermuka dua, atau biasanya disebut orang yang mempunyai lidah bercabang, ialah orang yang mendatangi kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuh, seraya berkata kepada setiap satu dari keduanya dengan kata-kata yang menghasut permusuhan antara satu sama lain. Ia sering memuji yang satu dan mencaci yang lain, serta berjanji pula untuk menolong tiap-tiap satu ke atas musuhnya. Inilah tanda-tandanya orang itu seorang munafik.

Akan tetapi jika ia mendatangi kedua-duanya, lalu menyampaikan kata-kata yang manis terhadap setiap satu dari keduanya, sedang segala yang dikatanya itu benar pula, maka ia bukanlah terkira orang yang mempunyai lidah yang bercabang dan bukan juga semorang munafik, sebab memang biasa ada orang yang berkawan dengan kedua-dua orang yang sedang bermusuh-musuhan. Tetapi dalam berkawan itu, dia suka menyampaikan percakapan seorang kepada yang lain, maka ia dicap seorang yang lidahnya bercabang, dan sifat ini adalah lebih buruk daripada sifat mengadu-domba, kerana si pengadu-domba itu hanya membawa cakap-cakap satu pihak kepada pihak yang lain saja. Tetapi orang ini telah melakukan lebih dari itu, yakni membawa cakap kepada kedua-duanya untuk kepentingan dirinya, manakala permusuhan antara kedua orang itu pula dibiarkan saja berlarutan.

Adapun orang yang terpaksa menjaga hati salah satu dari dua pihak yang bertelagah, lalu memjui yang satu tanpa yang lain kerana dharurat, dan ia merasa bimbang hendak meninggalkan perbuatan itu, maka keuzurannya dapat diterima. Sebab memelihara diri dari kejahatan orang adalah harus dan dibolehkan.

Berkata Abu Darda’ r.a.: Adakalanya kita terpaksa menunjukkan kegembiraan kita di hadapan sesuatu kaum, meskipun hati kita menyumpah-nyumpah mereka itu.

Berkata Saiyidatina Aisyah radiallahu-anha: Ada seorang lelaki dating meminta izin berjumpa dengan Rasulullah s.a.w., maka baginda bersabda: Izinkanlah dia masuk, dan ia adalah seburuk-buruk manusia dari golongan ini. Apabila orang itu masuk, Rasulullah s.a.w. berbicara kepadanya dengan lemah-lembut kepadanya.

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Aisyah! Sejahat-jahat manusia, ialah orang yang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.”

Tetapi jangan sampai terkeliru dalam hal ini, kerana yang dibolehkan bersikap serupa ini, hanya ketika menyambut orang datang dengan ramah-tamah dan muka yang tersenyum. Selain dari itu, maka tidak boleh diberikan pujian, atau membenarkan kata-kata, atau menganggukkan kepala tanda persetujuan terhadap segala percakapan yang batil atau salah, kerana melakukan serupa itu adalah munafik. Malah mestilah ia mengingkarinya, jika tiada berkuasa, maka bolehlah ia berdiam diri, tetapi hatinya mestilah mengingkati kelakuan itu. Dan dalam keadaan yang terpaksa ada hukum-hukumnya yang tertentu pula.

Friday, October 2, 2009

MAJLIS BACAAN YASIN PELAJAR PMR & SPM 2009









Hari ini, 3hb Oktober 2009, SMKM dgn kerjasama PIBG dan JKKK Kampung Mengkuang telah mengadakan majlis bacaan yasin munajat, solat hajat dan motivasi. Majlis ini telah diadakan di Masjid Mengkuang dengan tujuan untuk mengeratkan kerjasama antara sekolah dengan penduduk kampung. Bacaan yasin, solat hajat dan motivasi ini telah dipimpin oleh Tn. Hj. Ramli iaitu bekas pengetua SMKA Yan, Kedah. Sesi yang paling menyentuh hati apabila ibu bapa mengusap kepala anak2 sambil mendoakan anak dan anak2 memeluk ibu bapa untuk memohon restu..part ni ramai yang menitiskan air mata..terharu...Harapan usth dan juga guru2 di SMKM agar semua calon PMR dan SPM dapat memberi yang terbaik utk sekolah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jawatankuasa Masjid Mengkuang, JKKK Mengkuang, PIBG, Guru, waris pelajar dan semua pihak yang terlibat.

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN KWAMP




Pada hari jumaat yang lalu,unit HEM SMKM telah mengadakan majlis penyerahan bantuan KWAMP untuk pelajar--pelajar tingkatan satu yang layak menerima bantuan,iaitu lebih kurang 26 orang. Majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa pelajar yang berkenaan. Pihak sekolah amat berharap agar bantuan yang diterima ini dapat digunakan sebaik-baiknya untuk keperluan pelajaran anak-anak.