Thursday, September 17, 2009

MAJLIS PENUTUP IHYA' RAMADAN & SAMBUTAN PRA HARI RAYA

Pada 17hb September 2009, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam telah mengadakan majlis penutup program Ihya Ramadan yang berlangsung sepanjang bulan ramadan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tadarus Al-Quran yang disertai oleh semua warga SMKM termasuk guru dan staf sokongan. Alhamdulillah program ini berjalan dengan jayanya hasil kerjasama yang telah diberi oleh semua warga SMKM dan hari ini satu majlis khatam al-quran telah diadakan sebagai acara kemuncak program Ihya' Ramadan 2009. Pada Pada hari ini juga sumbangan Hari raya telah diberikan kepada semua pelajar dan sumbangan khas untuk anak-anak yatim hasil kutipan derma ikhlas daripada warga SMKM sebagai tanda kasih sayang kami kepada anak-anak pelajar SMKM. Unit Kokurikulum bagi pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih semua pihak yang terlibat. Insya Allah panjang umur kita akan bertemu lagi pada Ramadan akan datang...

Wednesday, September 16, 2009

MAJLIS PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN


Hari ini 16hb September 2009 Panitia Sejarah dan Kelab Rukun Negara /Sejarah & Geografi telah mengadakan majlis penutup bulan kemerdekaan. Sepanjang program sambutan kemerdekaan pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya kuiz, kad gergasi, hiasan kelas merdeka dan sebagainya. Majlis penutup telah disempurnakan oleh Tn. Pengetua SMKM, Pn. Jamilah binti Man..sebagai simbol kebebasan, burung merpati telah dilepaskan.

Wednesday, September 9, 2009

MESYUARAT AGUNG UNIT UNIFORM


Pada 9 September 2009, Unit Kokurikulum telah mengadakan mesyuarat agung unit uniform untuk sesi 2010. Dalam mesyuarat tersebut jawatankuasa baru di kalangan pelajar telah dibentuk. Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua guru penasihat dan murid-murid kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang mesyuarat dijalankan. Sila hantar minit mesyuarat tersebut kepada Penolong Kanan Kokurikulum atau Setiausaha Kokurikulum pada atau sebelum 30 September 2009.

Monday, September 7, 2009

PROGRAM TADARUS AL-QURAN


Panitia P.Islam SMKM telah mengadakan program tadarus Al-Quran sempena Ramadan. Pelajar2 yg terlibat ialah pelajar2 dari kelas KRK dan juga guru2. Setiap kelas dan guru dibahagikan juz2 tertentu.

Sunday, September 6, 2009





SEJARAH SMK MENGKUANG

Atas permintaan ramai, usth titipkan secara ringkas sejarah SMKM sekadar yg usth ingat je la ye..
Profil Sekolah

Gred : Kerajaan, B
Nombor Kod : PEA 0009
Keluasan Sekolah : 38 ekar
No Telefon : 04-5223651
No Telefon Asrama : 04-5225962 (Aspuri) : 04-5225855 (Aspura)
No. Fax : 04-5225936
Jarak dari Bandar Bukit Mertajam : 6 km

Sejarah Sekolah

SMK Mengkuang telah beroperasi pada bulan Januari 2001 dengan mempunyai 12 orang guru, 4 orang kakitangan dan 190 orang pelajar. Sepanjang tahun 2001, pengoperasian SMK Mengkuang secara menumpang di SK Mengkuang pada sesi petang. Jumlah kelas pada masa tersebut ialah tingkatan 1 : 3 kelas, tingkatan 2 : 2 kelas( bekas pelajar SMK Penanti yg tinggal di Mengkuang.SMK Mengkuang mula berpindah ke bangunan sendiri pada sesi persekolahan Januari 2002. Pada thn 2002 kelas tingkatan 4 dibuka utk pelajar2 tingkatan 4 yg tinggal di kawasan mengkuang. Jumlah kelas meningkat menjadi 8 kelas.

Pengoperasian SMKM pada awalnya hanya dikendalikan oleh guru-guru yang bertugas sahaja. Pada 2001, En. Ramly b. Md Ali telah dilantik sebagai Pengetua yang pertama yang kemudiannya digantikan dengan Pn. Salehah bt Ghazali iaitu pengetua kedua pada 8 September 2003.

Pentadbiran sekolah juga dibantu oleh beberapa orang Penolong Kanan yang dilantik secara berperingkat, iaitu Pn. Latipah bt Wahab dilantik pada September 2001 sebagai PK1, diikuti oleh Pn. Badariah bt Ahmad pada Disember 2001 sebagai PK HEM dan En. Aidi bin Arifin pada Januari 2002 sebagai PK Kokurikulum.

Pada April 2008, Tn. Hj. Mohd. Noor bin Yusof mula bertugas sebagai pengetua sehingga Mac 2009. Pada Ogos 2009, Pn Jamilah binti Man mula bertugas sebagai pengetua.

Asrama SMKM pula mula dibuka pada 16 Februari 2003 dengan kemasukan seramai 83 orang penghuni.Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar Tingkatan 1 dri pihak JPN Pulau Pinang dan diawasi oleh 2 orang warden dan seorang penyelia asrama.Mereka dipilih berdasarkan keputusan UPSR tahun 2002 yang mendapat sekurang-kurangnya 2A dan kumpulan pelajar ini merupakan pelajar Kelas Rancangan Khas (KRK).Tahun 2004 jumlah pelajar meningkat menjadi 180 orang dan kini semua penghuni asrama seramai 319 orang hanya diawasi oleh 4 orang warden dan 2 orang penyelia asrama.

Tahun demi tahun SMKM mula menempah kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum. Asrama juga turut meraih kecemerlangan apabila sejak tahun 2005 dianugerahkan Asrama 5 Mutiara.Kini,dengan kerjasama semua guru seramai 69 orang dan 15 orang staf sokongan SMKM sedang berusaha gigih untuk menempa kejayaan terutama dalam bidang akademik khasnya PMR dan SPM.

Keterangan Lencana Sekolah


Merah
1. Kekuatan dan kegarangan
Menjadikan masyarakat sekolah berani menghadapi cabaran masa kini
2. Semangat
Mewujudkan jiwa yang kuat dan bersemangat menghadapi situasi pengajaran dan pembelajaran
3. Menarik Perhatian
Menonjolkan perkembangan dan kejayaan sekolah ke peringkat yang lebih tinggi

Kuning
1. Kesetiaan dan keyakinan kepada kedaulatan negara
2. Mengukuhkan keyakinan terhadap setiap bidang yang diceburi di sekolah

Hijau
1. Melahirkan masyarakat sekolah yang harmoni dan bersatupadu.
2. Melahirkan insan yang bertolak ansur, lemah lembut dan menghormati orang yang lebih dewasa.

Simbol Atom
1. Sumber inspirasi ke arah sains dalam kehidupan.
2. Menjuruskan sekolah ke arah pengetahuan sains dan teknologi.

Simbol Geometri
1. Keperluan Matematik dalam kehidupan.
2. Melahirkan kalangan masyarakat sekolah yang berpengetahuan dalam ilmu Matematik

Huruf Q
Keseluruhan menjadikan guru, pelajar dan warga sekolah sebagai insan yang berkualiti dalam segala lapangan dan dapat menyumbangkan ke arah kemakmuran negara

2001
Tahun sekolah dibuka

Visi Sekolah

SMKM sebagai sebuah organisasi pendidikan yang terbaik dalam pelbagai bidang di Seberang Perai Tengah menjelang 2008.

Misi Sekolah

SMKM komited meningkatkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum dan sahsiah melalui program pendidikan yang bersepadu dan seimbang untuk membina insan yang sempurna.


Moto Sekolah

Kearah Kecemerlangan


Piagam Sekolah

Kami Warga SMKM dengan penuh tekad, berazam dan berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk ;

1. Memberi peluang pendidikan yang sama rata kepada semua pelajar
2. Menyediakan pelajar dengan ilmu pengetahuan yang lengkap berpandukan Sukatan Pelajaran
3. Menyediakan persekitaran kerja yang kondusif serta merangsang kreativiti dan budaya kerja berkualiti
4. Memberi peluang latihan kepada semua guru untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran sekurang-kurangnya sekali setahun
5. Menyediakan latihan dan kemudahan untuk meningkatkan kemahiran kepada komuniti.



PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


Mula diasaskan pada tahun 2003 dan En. Izhar bin Ismail dilantik sebagai Penyelaras.Kini terdapat 10 orang guru dan 3 orang Pembantu pengurusan Murid yang menjalankan tugas mendidik dan membimbing pelajar istimewa seramai 34 orang.Mereka dibahagikan kepada 6 kelas. Aktiviti utama merangkumi pengajaran dan pembelajaran termasuk aktiviti Kemahiran Hidup yang meliputi perkebunan, masakan, perkhidmatan cuci kereta, kraf tangan. Tahun 2008 projek khas yang dijalankan ialah penternakan ikan dan aktiviti dobi pakaian.
KELAS RANCANGAN KHAS

Kelas rancangan khas dimulakan pada tahun 2003 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 seramai 93 orang. Kesemua pelajar ini ditempatkan di tiga kelas. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun. Pengambilan pelajar KRK berdasarkan keputusan peperiksaan UPSR yang sekurang-kurangnya mendapat 3A. Pelajar KRK sulung telah menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2007. Kini terdapat 16 kelas KRK tingkatan 1- 5 dengan jumlah pelajar keseluruhan seramai 368 orang.

Tuesday, September 1, 2009

MESYUARAT AGUNG KELAB /PERSATUAN


Hari ini 2 September 2009 telah diadakan mesyuarat agung kelab dan persatuan bagi sesi 2010.Agenda mesyuarat ialah ucapan pengerusi, membentang dan menerima minit mesyuarat agung 2009, membentang dan menerima laporan tahunan 2009 membentang, menerima dan meluluskan penyata kewangan 2009, membubarkan jawatankuasa 2009 dan ucapan penangguhan. Semua unit diwajibkan menghantar salinan minit mesyuarat agung tersebut kepada Setiausaha Kokurikulum atau Penolong Kanan Kokurikulum pada atau sebelum 30 September 2009.