Friday, August 14, 2009

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADAN 2009

Pada hari Jumaat, 14hb Ogos, Panitia Pendidikan Islam telah melancarkan Bulan Pendidikan Islam dan Ihya' Ramadan semperna kedatangan bulan Ramadan yang akan disambut pada sabtu depan, Insya Allah... Majlis pelancaran ini bermula dgn tazkirah Ramadan oleh Al Fadzil Ustaz Ahmad bin Daud, bacaan doa menolak bencana penyakit dan bala terutama H1N1 dan perasmian bulan Pendidikan Islam dan Ihya' Ramadan oleh PK HEM, Pn. Hajah Badariah. Pelbagai aktivti telah dirancang sepanjang Ramadan Al Mubarak antaranya tadarus Al-Quran, tazkirah, buletin Ramadan, kuiz, iftar jamaei dan majlis khatam al-quran.

Wednesday, August 12, 2009

AHLAN WA SAHLAN


Hari ini 12hb Ogos 2009, SMKM telah menerima kepimpinan baru iaitu Pn. Jamilah binti Man, beliau melaporkan diri sebagai pengetua pada pagi ini. Beliau merupakan bekas pengetua SMK St George Balik Pulau, P.Pinang. Semua warga SMKM mengalu-alukan kedatangan Puan dan harap puan dapat membimbing dan bersama-sama mengorak kecemerlangan SMKM.

Monday, August 10, 2009

PEPERIKSAAN PERCUBAAN DAN UP2


Mulai hari ini, 10hb Ogos, semua pelajar SMKM menduduki peperiksaan. Harapan usth, hampa semua mengambil kesempatan mengulangkaji pelajaran dan membaca nota yang dibekalkan sepanjang tempoh seminggu dikuarantin. Dalam tempoh seminggu sekolah ditutup, bertubi2 mesej masuk, saya abaikan semua mesej2 tu.. maaf la ye, bkn nak jimat kredit tapi tak kuasa nak membalas mesej2 tersebut sbb kebanyakannya tanya tjuk2 exam... usth tak akan memanjakan hampa semua dgn memberi tajuk2 yg keluar utk apa2 exam termasuk percubaan, bkn pe nak biasakan diri dgn suasana sebenar PMR..lagi pun PMR nanti kita tak tau pun tajuk pe keluar, jadi tak rugi kalau baca semua tajuk...dan inilah antara rahsia mengekalkan jumlah prestasi "A". Apa pun usth ucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan Percubaan untuk semua pelajar tingkatan tiga terutama 3 Ibnu Sina dan 3 Ar-Radzi dan selamat menghadapi UP2 kepada semua pelajar SMKM semoga berjaya.

Tuesday, August 4, 2009

BULAN KECERGASAN PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG


Pada 25hb Julai lalu, SMKM telah menyertai Bulan Kecergasan di SMK Guar Perahu. Seramai 4 orang peserta telah dihantar menyertai program tersebut iaitu Nor Farzana, Amir Aziham, Mohd Syahizan dan Mohd Saufi . Pelbagai aktiviti telah diadakan pada hari tersebut. (Gambar sumbangan dari Pn. Norhayati PSS : Sori gambar kurang jelas kerana guna handset.)

WAZIBOYZ CUB PRIX DI SMK MENGKUANG


Hari senin lalu, SMKM sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah utk program rakan muda Waziboyz cub prix (glemer la pulok SMKM thn ni asyik jadi tn. rumah utk beberapa program). Program ini terbuka kepada sekolah2 di negeri Pulau Pinang dan setiap sekolah dikehendaki menghantar 8 orang peserta. Dlm program ni , pelajar diajar cara pemanduan berhemah.

Wednesday, July 29, 2009

AKTIVITI KELAB & PERSATUAN MINGGU INI

KELAB PELANCONGAN
KELAB KOPERASIKELAB KOPERASIHASIL KERJA AHLI KELAB KOPERASI

Minggu ini merupakan minggu Kelab dan Persatuan. Pelbagai aktiviti diadakan mengikut kreativiti guru penasihat untuk menarik minat pelajar dalam persatuan masing-masing. Antara aktiviti yang menarik minggu ini ialah Kelab Koperasi dan Kelab Pelancongan. (Maaf ye bkn bias letak gambar kelab koperasi sbb usth guru penasihat kelab koperasi tapi kebetulan aktiviti ini menarik)

Sunday, July 26, 2009

SMKM MENGORAK LANGKAH KECEMERLANGAN LAGI

Semalam usth mendapat sms daripada PKKK mengatakan bahawa pasukan paintball SMKM telah berjaya mendapat JOHAN dalam pertandingan ASAT peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Kuala Lumpur. Pasukan SMKM telah berjaya mengalahkan peserta dari Johor. Tahniah ye Naim, Opie, Eh dan lain-lain kerana telah berjaya mengharumkan nama sekolah ke peringkat Kebangsaan. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah kepada guru penasihat, En. Abd Rahman, para peserta serta semua pihak yang terlibat.