Tuesday, May 12, 2009

KECEMERLANGAN KOKURIKULUM KELAS PENDIDIKAN KHAS

Pada 7hb lalu beberapa orang pelajar Kelas Pendidikan Khas telah menyertai Majlis Tadarus Al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Peringkat Negeri Pulau Pinang. Pelajar SMKM, Nurul Najihah Najwa telah berjaya mendapat johan dalam pertandingan bercerita bagi kategori perempuan. Beliau akan mewakili negeri P.Pinang ke peringkat kebangsaan. Kelas Pendidikan Khas SMKM juga telah menyertai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah Pendidikan Khas Peringkat Negeri P.Pinang dan telah berjaya mendapat tiga pingat emas bagi acara olahraga . Pelajar yang berjaya merangkul pingat emas dalam acara sukan tersebut ialah Muhd Faiz, Mohd Safwan dan Nurul Najihah Najwa. Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-guru, pembantu kelas P.khas dan pelajar yang terlibat.

Sunday, May 10, 2009

MENGENANG JASA IBU -SEMPENA HARI IBU

Dalam islam kita dituntut untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Redha Allah terletak di bawah redha ibu bapa. Tuntutan ini merupakan satu kewajipan yang perlu dilakukan dan barangsiapa yang melanggar perintah Allah tersebut, ia telah melakukan dosa besar dan telah dimurkai allah s.w.t.Sikap seseorang anak perlulah bersopan dan berlemah-lembut kepada kedua ibu bapanya, sebagai tanda kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa.Kita sewajarnya memikir dan membayangkan betapa perit dan susah payahnya ibu bapa kita mendidik dan membesarkan kita dari tapak kaki sebesar tapak tangan sehinggalah kita boleh berdikari seperti sekarang ini.

"Dan tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata,dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkat kepada mereka(sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "AH", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka,tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)".

Sebagai rasa kasih sayang dan tanggungjawab kita kepada kedua ibu bapa,marilah sama-sama kita berbakti kepada mereka, mengingati dan mentaati segala kehendak mereka,selagi ia tidak membawa kepada unsur-unsur maksiat,sekiranya ibu bapa kita masih hidup.Seandainya mereka telah meninggal dunia, doakan semoga Allah merahmati dan mengampuni dosa mereka dan agar roh mereka bersama golongan Aulia’ dan Solihin.

Ibu bapa juga sewajarnya sentiasa mendoakan anak-anak mereka dengan doa dan pengharapan yang baik, kerana sesungguhnya doa para ibu tiada penghijabnya.Mudah-mudahan kehidupan kita akan saling bertanggungjawab dan berperanan sebagaimana yang telah diaturkan oleh syariat islam.
"Dan kami wajibkan manusia berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.Sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.Setelah ia besar sampai keperingkat umur empat puluh tahun berdoalah ia dengan berkata :"Wahai tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunan. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat 15)

Saturday, May 9, 2009

Mother's Day Myspace Comments
MyNiceSpace.com
Unit Kokurikulum mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua warga SMKM yang bergelar ibu khasnya dan semua pengujung blog amnya. Hargailah ibu anda sementara beliau masih ada dan sedekahkanlah doa dan al-fatihah sekiranya beliau sudah tiada.

KECEMERLANGAN SMKM DI SANA SINI

Beberapa kecemerlangan telah dicipta oleh murid-murid SMKM sebagai tanda mata kepada Tn. Pengetua sebelum Tn. Pengetua meninggalkan SMKM. Antaranya ialah :

1. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT DAERAH SEBERANG PERAI
- PASUKAN BOLA TAMPAR PEREMPUAN 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga Daerah.

2. PASUKAN BOLA TAMPAR LELAKI 15TKB
- Mendapat Tempat Ketiga.

2. KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSPP PERINGKAT NEGERI P.PINANG
- Mendapat Tempat Ketiga

3. PERTANDINGAN GERKORAMA ASAT DAERAH TENGAH
- Johan Pertandingan Bola Tampar Lelaki
- Johan Pertandingan Marhaban
- Johan Nyanyian Solo
- Nur Liyana bt Yaacob
- Johan Pidato Bahasa Inggeris
- Khairina bt Khairudin
- Naib Johan Pertandingan Bola Tampar Perempuan
- Naib Johan Bahas Ala Parlimen
- Naib Johan Pertandingan Nasyid
- Tempat Ketiga Pertandingan Azan
- Mohamad Ridzuan b. Md Ali
* Unit Kokurikulum mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tn. Pengetua atas kegigihan beliau melatih para pemain pasukan bola tampar sehingga membuahkan hasil yg cukup membanggakan , juga kepada Pn. Jamaliah serta suami kerana sudi melatih peserta marhaban hingga menjadi johan dan juga syabas dan tahniah kepada PK HEM (Pn. Hajah Badariah),PKKK, warden2, semua guru dan pelajar yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Terima kasih daun keladi tahun depan berlatih dgn lebih giat lagi ok...

Friday, May 8, 2009

I'm Back

Hampir 4 hari terkurung di Langkawi atas urusan rasmi JPN (Pendidikan Islam), hari ni saya dpt mengadap kembali blog ni...terputus seketika dgn dunia blog...Sebut langkawi masing2 teringatkan pinggan mangkuk( setakat ni x penah beli, sbb tak kuasa nak bawa balik...berat..tak sesuai dgn saiz org yang nak bawa. :D) coklat, dulu pantang ke Langkawi mesti angkut byk, siap atur utk sedare mara,anak2 murid n kwn2 , kali ni lebih berhati2 sbb pe agak bahaya takut terbeli yg ada "lemak b" tersembunyi..last masuk kedai belek ingredients sambil rujuk handset (set siap E pe yg boleh mkn), Kpd semua ingat nak beli apa2 baca ingredients dgn teliti walaupun ada tanda halal ok...

Saturday, May 2, 2009

PENGUMUMAN

Perhatian kepada semua pengunjung blog, blog tidak dapat diupdate sehingga 7hb April. Sekiranya anda mempunyai maklumat atau aktiviti yg ingin dimuatkan dalam blog ini sila serahkan pd ustzh pada 8 April. Harap maklum.

Friday, May 1, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SANA SINI 2

Ni le wajah2 comel pasukan Bola Jaring SMKM dgn Guru Penasihat
Pada 27 April lalu, pasukan bola jaring SMKM telah berjaya menjadi johan peringkat daerah.Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak yg terlibat

KEJOHANAN BOLA TAMPAR DAERAH SEBERANG PERAI

Pada 27-30 April lalu, pasukan Bola Tampar SMKM telah menyertai pertandingan Bola Tampar Peringkat Daerah di SMK Berapit ,keputusan rasmi belum diketahui sepenuhnya tetapi pasukan SMKM berada di antara tiga pasukan terbaik.


PERTANDINGAN BOLA TAMPAR ASAT 2009

Ni le wajah2 hensem jaguh Bola Tampar ASAT SMKM
Baru2 ini SMKM telah dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Bola Tampar ASAT 2009 peringkat daerah. Pertandingan ini merupakan salah satu acara utk pertandingan ASAT yang sedang berlangsung mulai April hingga Mei . SMKM telah menjadi juara .Keputusannya adalah seperti berikut :
SMKM VS HIGH SCHOOL - 30 - 21
SMKM VS DMW2 - 30 -22
SMKM VS ALMASRIYAH - 30 - 19
SMKM VS PERMATANG PASIR - 30 - 17

Unit Kokurikulum mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan bola tampar sekolah.