Saturday, April 18, 2009

KURSUS SEMBELIHAN

Rajinnya Abe .....(betoi ke cabut bulu ayam tu or belakun je ni)
Jgn sampai putus kepala dah, Nabila
Pergh !! Syafiq dah pandai sembelih ayam...
Tadi 18hb April 2009, Panitia Pendidikan Islam dan Persatuan Agama Islam SMKM telah menganjurkan kursus sembelihan kpd pelajar2 tingkatan 4. Teori sembelihan disampaikan oleh Ust Mohd Nazree dan selepas itu pelajar menjalankan praktikal sembelihan. Memang gamat dan meriah bila pelajar kali pertama menyembelih ayam dan ada di antara mereka yg menitiskan air mata sedih kononnya tetapi kalau bagi ayam goreng sekor pun x ckup. Pelajar juga diajar cara memproses ayam(bdk2 zaman sekarang rupanya tak tau cara ayam diproses) yg mengelikan hati ialah mencabut bulu ayam dgn dua jari,tgn sebelah gi tutup hidung...alahai tak lulus nak buat menantu ni. Ayam2 tersebut kemudiannya diserahkan kepada kantin sekolah utk dimasak nasi ayam utk pelajar2 peserta kursus. Terima kasih diucapkan kpd Unit Koko dan Cikgu Nasri Ali kerana sudi sponsor kursus ni.

Thursday, April 16, 2009

AKTIVITI KOKURIKULUM DI SANA SINI

KEJOHANAN SOFBOL MSSPP BWH 18THN
Baru2 ni pasukan Sofbol SMKM telah menyertai pertandingan sofbol MSSPP di SMK Kampung Selamat, Tasek Gelugor. Alhamdulillah berkat usaha dan kerjasama yg diberikan oleh guru penasihat iaitu Cikgu Nasri dan Cikgu Norhayati PSS serta para pemain (Opie,Eh,To'od,Naim, Tyson, P.Tam, Fakrullah, Najib, Ikram, Kalia,Hafeez,Asri,Bob dan Amirul)pasukan sofbol telah berjaya ke pertandingan sofbol peringkat negeri.Tahniah dan syabas diucapkan.
PESTA PANTUN KELOMPOK M8
Pada 8 hingga 9 April yg lalu, pemantun-pemantun SMKM yang terdiri daripada Nurliyana, Nurakmar, Mazliyana, Maizatul dan Ezyan diiringi oleh guru penasihat,Pn. Norhayati PSS telah menyertai pesta pantun peringkat kelompok M8 di SMK Tun Hussein Onn. Pemantu-pemantun SMKM telah berjaya mendapat tempat kedua dalam pesta tersebut. Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pn. Norhayati dan barisan pemantun2 SMKM.

PERTANDINGAN KAWAT KAKI PERINGKAT DAERAH
Pada 6 hingga 9 April yg lalu, pasukan KRS, Puteri Islam dan Pengakap SMKM telah menyertai pertandingan kawat kaki peringkat daerah di Pusat Kokurikulum Bukit Mertajam. Dalam pertandingan tersebut Pergerakan Puteri Islam telah berjaya mendapat tempat ketiga manakala pasukan KRS telah mendapat tempat ke 4. Syabas dan Tahniah diucapkan.
KEJOHANAN SEPAKTAKRAW (PLD PERINGKAT NEGERI P.PINANG)


PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH

Ni la jaguh2 handalan SMKM (Baju Kuning-Nabil(pakai spek), Naim,Saufi dan Faris)
Jelingan seorang juara...
Lari Eh lari.....
Ikat betoi2 tali kasut tu Naim kang terlucut sape nak jwb??

Pasukan Olahraga sekolah yang dianggotai oleh Nabil , Saufi, Naim dan Faris telah mencipta beberapa kecemerlangan bagi acara jemputan kejohanan sukan tahunan sekolah-sekolah M8. Antaranya ialah menjadi johan utk acara jemputan 4x 100 meter di SMK Permatang Pasir, Naib Johan di SMK Penanti dan mendapat tempat ketiga di SMK Jit Sin Unit Kokurikulum mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar2 dan guru yg terlibat. Gambar2 kat atas tu dirakamkan semasa pasukan olahraga menyertai acara jemputan di SMK Permatang Pasir.

Tuesday, April 14, 2009

KEJOHANAN MEMANAH PERINGKAT NEGERI P.PINANG

Hari ke 3 kejohanan
Ni hari ke 2 kejohanan, pdg becak sbb hujan lebat

Hari Pertama Kejohanan

Mulai hari ini 14 hingga 18hb April, SMKM menjadi tumpuan sekolah2 seluruh negeri P.Pinang kerana diberi kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi kejohanan memanah sekolah2 peringkat negeri. Kalau sebelum ni menjadi tuan rumah utk kejohanan MSSPP Zon BM utk acara rejam lembing dan lompat tinggi, menjadi tempat penginapan bagi peserta MSSM dan selepas ni akan menjadi tuan rumah bagi acara bola tampar ASAT, maka berkawat la PKKK, SU Sukan dan ahli2nya memastikan segalanya berkeadaan baik (SU Koko sibuk heret kamera je..he3), manakala sebahagian kecil pelajar asrama terutama bdk2 pompuan tersenyum meleret le sbb berpeluang berulang alik dari rumah sepanjang kejohanan ni berlangsung kerana ada di antara peserta akan menginap di asrama SMKM yang cantik tu...(cantik ke?). Ustzh bagi pihak unit koko mendoakan semoga peserta SMKM dapat mencipta kecemerlangan...malu la kalau x dpt pingat..tn rumah katakan...kpd Fazana, Amir, Amirul, Hanis, Intan, Athyrah,Faiznur dan Irfan (kalau ada yg x disebut nama maaf la ya) try your best and be the best ok??? Hari kedua pdg becak sgt, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan banjir, nasib baik pdg x banjir, namun kejohanan berjalan lancar walaupun dlm keadaan hujan...

Monday, April 13, 2009

TEGURAN BIARLAH BERHEMAH

Oleh Mohd. Farid Md. Alias (fikrahremaja@yahoo.com)
HIKMAH itu ertinya bijaksana. Berhikmah dalam membuat teguran itu bermaksud berusaha menggunakan kaedah terbaik dalam menyampaikan sesuatu teguran agar kumpulan sasaran dapat menerima serta melakukan perubahan berdasarkan teguran yang diberi. Di samping itu, adalah diharapkan teguran tersebut berhasil membawa lebih banyak kebaikan berbanding mudarat.
Sebagaimana maksud ayat 110 surah Ali Imran yang bermaksud bahawa kita dituntut untuk menjalankan amar makruf dan nahi mungkar, iaitu mengajak kepada kebaikan (suruhan Allah) serta menjauhi kemungkaran (larangan Allah).
Justeru, membuat teguran berkenaan perkara yang berkaitan tuntutan hukum agama adalah perlu kerana perintah dan larangan Allah itu mengandungi kebaikan buat insan. Apabila hukum agama ditegakkan, maka ia bakal membuahkan kecemerlangan dan kemaslahatan umat.
Di samping itu, teguran juga dibuat berkenaan kesilapan yang tidak disengajakan. Umpamanya guru menegur murid yang melakukan kesilapan pengiraan dalam kerja rumah Matematiknya. Hal ini dilakukan demi mencapai kesempurnaan dalam pelaksanaan sesuatu kerja itu.
Walau bagaimanapun, hakikatnya kita hanya mampu berusaha menyampaikan teguran atau nasihat, manakala hidayah untuk menerima dan berubah itu adalah milik Allah. Allah jua Maha Pemberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya.
Oleh yang demikian, kita tidak seharusnya berasa kecewa atau putus asa andainya kumpulan sasaran kita tidak menerima teguran kita. Sebaliknya kita perlu berusaha menilai upaya menegur kita agar lebih berkesan di lain waktu.
NIAT TEGUR UTK PENAMBAHBAIKAN
Dalam pada kita hendak melakukan teguran berkenaan sesuatu kesalahan, perkara pertama yang perlu dinilai terlebih dahulu ialah apakah maksud niat kita untuk melakukan teguran tersebut.
Adakah kita menegur demi menjadikan sesuatu keadaan itu lebih baik, atau adakah untuk membidas seseorang itu demi memalukannya? Dan adakah kita ada maksud tersendiri dalam menegur umpamanya demi memelihara kepentingan diri ataupun melepaskan kesalahan sendiri kepada bahu individu lain?
Andainya niat kita tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu teguran itu ditakuti bahawa keburukan yang bakal timbul kelak. Misalannya, hubungan menjadi renggang, kumpulan sasaran semakin hanyut dengan kesalahannya, ataupun mungkin menjurus kepada fitnah.
TEGAS DALAM SANTUN
Santun dalam membuat teguran itu bermaksud kita menggunakan budi bahasa yang baik serta suasana yang kondusif untuk melakukan teguran. Dengan adanya santun, seseorang itu boleh membuka bicara dengan menanyakan keadaan individu sasaran itu, seperti adakah dia sudah makan atau sebagainya.
Kita juga boleh membaca riak muka orang yang ingin ditegur sama ada adakah dia berada dalam keadaan gembira, sedih, keletihan dan sebagainya. Melalui maklumat ini, kita mungkin boleh menilai sama ada ia merupakan waktu yang sesuai untuk menegur.
Namun dalam kesantunan melakukan teguran perlu ada ketegasan. Apa yang ditanggapi sebagai salah tetap salah, walaupun kadang kala pendekatan yang digunakan tidak popular atau tidak disukai oleh orang yang ditegur.
Di samping itu, kita perlu memastikan bahawa kita sentiasa dapat mengawal emosi apabila menegur. Ini kerana apabila emosi dibiarkan menguasai diri, di kala itu bukan akal yang memandu percakapan atau perbuatan kita, sebaliknya nafsu amarah yang mungkin boleh mendorong kita melakukan sesuatu perkara yang di luar dugaan.
Aspek teguran juga perlu jelas, yakni merujuk kepada isu utama yang diperbincangkan. Teknik teguran XYZ yang dicadangkan oleh seorang ahli psikologi yang bernama Haim Ginott adalah sebuah teknik yang baik untuk dicuba dalam menegur.
Teknik tersebut mencadangkan kepada kita untuk menggunakan frasa berkenaan untuk menegur, “Apabila anda melakukan perkara X, ia membuatkan saya berasa Y, sebaliknya saya lebih menyukai anda melakukan perkara Z”.
Maka apabila sesuatu kesalahan itu ingin diperbetulkan, maka adalah baik untuk kita membincangkan kesalahan tersebut, dan bukannya menyentuh peribadi seseorang itu seperti melabelkannya secara rambang.
Suasana teguran itu juga mungkin bermanfaat jika berada dalam situasi kehadiran individu lain secara minimum, agar keaiban orang yang ditegur itu dapat terpelihara di samping menjaga kehormatannya. Hal ini juga mampu membuatkannya lebih terbuka dalam menerima teguran tersebut.
PENGAJARAN BUAT INSAN LAIN
Walau bagaimanapun, terdapat situasi di mana sesuatu teguran itu dianggap akan lebih berkesan sekiranya dilakukan secara terbuka, iaitu dengan kehadiran atau pengetahuan orang-orang lain berkenaan teguran tersebut.
Ini kerana tujuan teguran tersebut turut mempunyai maksud pengajaran bermakna yang boleh diteladani oleh orang-orang lain agar mereka berusaha untuk tidak melakukan kesilapan yang serupa di samping memelihara kemaslahatan masyarakat umum.
Misalnya, seorang anak ditegur dan dimarahi oleh si bapa di hadapan anak-anak yang lain kerana si anak pulang ke rumah pada waktu lewat malam. Di sini anak-anak yang lain turut mendapat pengajaran agar tidak melakukan kesalahan yang sama. Si bapa juga dapat menjelaskan pendiriannya secara tidak langsung kepada anak-anaknya.
TEGURAN YG BERSIFAT UMUM
Sesuatu teguran itu juga boleh dilakukan secara umum yang diuar-uarkan dalam sesuatu perhimpunan atau melalui media tetapi tanpa menyebut secara terperinci berkaitan butiran teguran itu.
Sebagai contoh, nama dan kisah terperinci tidak dijelaskan sebaliknya hanya dibuat teguran bersifat umum tanpa merujuk kepada mana-mana pihak. Adalah diharapkan agar pihak yang ditegur itu dapat memahami bahawa maksud teguran itu ditujukan kepada dirinya serta menerimanya dengan lapang.
Di samping itu, mungkin akan ada individu lain yang pada asalnya bukan merupakan kumpulan sasaran tetapi turut berasakan bahawa teguran tersebut ditujukan kepada dirinya. Maka itu adalah satu bonus dalam mengguna pakai kaedah teguran ini yang boleh juga bersifat serkap jarang.
Bak kata pepatah, “sesiapa yang makan cili dialah yang terasa pedasnya.”
Kesimpulan
Setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan. Justeru kita disyariatkan untuk saling mengingati antara satu sama lain. Dalam pada kesediaan kita untuk menegur kesilapan orang lain, kita juga harus bersedia menerima teguran orang lain terhadap diri kita.
Bagi yang menerima teguran, tidak dinafikan ia begitu pahit diterima dan belum tentu benar atau salah sifatnya, namun tidak seharusnya teguran tersebut ditolak secara mentah-mentah hanya kerana tidak selari dengan pendirian kita atau kerana ia datang daripada pihak yang tidak disukai. Berfikirlah dahuku sebelum membuat teguran dan tegurlah dgn cara yg berhemah

Monday, April 6, 2009

ERTI KEBAHAGIAN BAGI SEORANG INSAN

Orang yang bahagia itu akan selalu :

menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah,

menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa,

menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan,

menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan,

menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat jiwa terasa muda

dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

Friday, April 3, 2009

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 2009

Hari ni 3 April 2009, Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Asrama dan Persatuan Agama Islam SMK Mengkuang telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah. Pelbagai acara telah diadakan iaitu pertandingan sepanduk, pertandingan selawat, perarakan, kuiz dan ceramah. Masing2 sibuk membuat yang terbaik untuk memenangi hadiah yang ditawarkan selain menunjukkan rasa bersyukur atas kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Walaupun kita tidak berkesempatan hidup di zaman baginda tetapi sunnahnya tetap menjadi panduan dan pegangan hidup kita. Meriah betul sambutan thn ni..rasa cam raya plk. Guru2 dan warga SMKM juga tidak melepaskan peluang meraikannya dengan penuh rasa syukur...masing2 tampak segak dan tampan dengan baju melayu (masa ni mesti teringat zaman jadi pengantin dulukan...he3)dan cikgu perempuan juga tidak kurang hebatnya...Kebanyakan hadiah dimonopoli oleh tingkatan 5IK..dah rezeki depa nak buat camne kan??kelas lain jgn jeles plk..tapi cuba buat yg terbaik thn dpn k? thn ni pihak penganjur menambah hadiah untuk memberi penghormatan kepada kelas2 bkn KRK dan Pendidikan Khas atas usaha dan semangat depa utk sama2 memeriahkan majlis ni..Pihak Panitia, J/K Asrama dan Persatuan Agama Islam SMKM mengambil kesempatan mengucapkan ribuah terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan memohon maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang program berlangsung.