Monday, January 12, 2009

MARI KITA BOIKOT BARANG ISRAEL

Sama-samalah kita berusaha memboikot barangan yang menyumbang kepada keangkuhan israel laknatullah.Ulama Yusuf al-Qaradawi telahpun mengeluarkan fatwa tentang ini..satu riyal digunakan untuk membeli produk yang menyumbang kepada israel samalah membeli sebutir peluru yang menembusi jantung saudara kita di Palestin.masyaAllah..apa yang telah kita lakukan pabila turut sama membeli barangan tersebut?seumpama tangan ini juga membantu mereka untuk membunuh saudara kita di sana.

"Each riyal, dirham …etc. used to buy their goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of brothers and children in Palestine. For this reason, it is an obligation not to help them (the enemies of Islam) by buying their goods. To buy their goods is to support tyranny, oppression and aggression."

20 Muharram 1423 AH
4 April 2002
http://www.inminds.com/boycott-fatwas.html
PBB juga mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu.
penduduk yang terselamat pula diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital. apa mereka anggap nyawa manusia satu permainan???? Sama-sama lah kita fikirkan!!!

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Friday, January 2, 2009

SEKOLAH OH SEKOLAH

Cuti sekolah hanya tinggal 2 hari je gi..mulai 5hb persekolahan berjalan seperti biasa...pada 2hb lalu pelajar2 tingkatan satu mula mendaftar dan membeli kelengkapan sekolah dan asrama(bagi yg mendapat tawaran)lebih kurang 190 org pelajar tingkatan satu telah mendaftar...SMKM mengucapkan selamat datang ke SMKM,kemarin masing2 nampak bersemangat utk bersekolah di SMKM, harap2 semangat utk belajar tu terus membara hingga akhir thn ye.....pada 5hb pelajar tingkatan satu akan menjalani orentasi, manakala yg mendapat tawaran masuk asrama akan mula mendaftar masuk asrama pada 4hb jam 2.00 ptg dan mula mengikuti orentasi asrama pd malam tersebut.Pelajar tingkatan 4 akan diagihkan mengikut keputusan PMR dan aliran yg dipohon (sains tulen, akaun,lukisan kejuruteraan dan perdagangan) tapi biasanya pada awal thn kelas IS (sains) penuh tetapi bila tawaran ke SBP dan MRSM keluar hampir 3 perempat pelajar2 yg mendapat keputusan cemerlang akan meninggalkan SMKM...tak sedih ke nak tinggalkan SMKM tapi tak pe ubah angin plk kan???Harap2 pelajar2 3IS 2009 ni akan dpt merealisasikan hasrat usth utk mendapt 100% A dlm P.I seblm usth meninggalkan SMKM,Insya Allah...Opps sebelum terlupa aktiviti kokurikulum akan bermula pd minggu pertama persekolahan, latihan rumah biru dan merah pd hari selasa 6hb jam 4.00 petang dan latihan rumah hijau/kuning pada 8hb dan minggu2 seterusnya..kita tengok rumah apa yg menang thn ni..rasanya rumah hijau kot.:D. Apa2 pun usth ucapkan "SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH..."

Wednesday, December 31, 2008

SELAMAT TAHUN BARU 2009

New Year Myspace Comments
MyNiceSpace.com

New Year Myspace Comments

Selamat Tinggal 2008 dan Selamat Datang 2009..azam baru??? biar la rahsia, apa pun kita sematkan di hati tingkatkan ibadah, dekatkan diri dengan Allah, itu lah yg paling utama sbb bila kita dekatkan diri dgn Allah, Insya Allah hidup kita dan segala kerja buat kita akan lebih sempurna...Kepada pelajar2 tingkatan 3 2009, kena tanam azam utk mendapat keputusan yg lebih baik daripada pelajar tingkatan 3 2008 ok...

Tuesday, December 30, 2008

TAHNIAH KEPADA PELAJAR2 CEMERLANG PMR 2008

SEBAHAGIAN PELAJAR CEMERLANG PMR08 BERGAMBAR BERSAMA2 IBU BAPA,PENGETUA, PK1 & PK HEM
SEBAHAGIAN DRP PELAJAR CEMERLANG PMR08 BERGAMBAR BERSAMA2 PENGETUA, PK PENTADBIRAN & PK HEM

Alhamdulillah, keputusan PMR 2008 telah diumumkan...pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR, seramai 20 orang pelajar telah mendapat 8A, 19 orang mendapat 7A, 13 org pelajar mendapat 6A, 11 org mendapat 5A dan 15 org mendapat 4A.Pihak sekolah mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kpd. guru2, ibu bapa,PIBG, PERDA dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung kerana memberi kerjasama kepada pihak sekolah untuk meningkatkan prestasi PMR 2008.

Pelajar yang mendapat 8A ialah :

1. HAZWANI BINTI RAMLI
2. IFFA ROWINA BINTI MOHD ILHAMI
3. NADHRATUNNAIM BINTI ZULFIKRI
4. NOR HATIKA BINTI ABD HALIM
5. NUR ASHIKIN BINTI SOBRI
6. NURAINA FAHIMAH BT MOHD MONIER
7. NURFATIHAH BINTI MAT NOR
8. SITI NUR BALQIS BT FAUZI RAHMAN
9. ASMIZA BINTI ABDULLAH
10. IZWANI BINTI IBRAHIM
11. LIYANA SYAFIQAH BT MUHD SYAZWAN THANA
12. NUR ZAHIDAH BINTI SHAHARUM
13. NAWWAR BINTI SUHAIMI
14. NUR AQILAH BINTI ALIAS
15. NUR HANIS BINTI ARIFFIN
16. NUR IZZATI SYAZWANI BINTI ZAINI
17. NUR 'IZZATI BINTI TAJUDIN
18. NURATHIRAH BINTI ZAIDI
19. NURUL HAFFIZA BINTI ABD HALIM
20. SYAZWIN SOFINA BINTI NOOR AZIZAN

* Usth mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yg telah mendpt 8A dan 7A (Syafiq, Abe n Syazwan)usth tumpang gembira dgn kejayaan hampa almaklumlah usth mengajar hampa sejak dari form 1 hingga form 3. Tahniah dan terima kasih juga kpd pelajar2 yg telah menghadiahkan keputusan A (91 orang)bagi matapelajaran Pendidikan Islam kepada ustazah terutama 3IS(31org),3AK(14 org) dan 3IR(4 orang)terima kasih byk ye.

* PERHATIAN KPD SEMUA PELAJAR SMKM ANDA SEMUA DIKEHENDAKI HADIR KE SEKOLAH PADA 2HB JANUARI JAM 8 PAGI BERPAKAIAN LENGKAP SEKOLAH. KEPADA YG PELAJAR YG BELUM MEMBELI BUKU , ANDA BOLEH MEMBELI BUKU2 TERSEBUT PADA HARI TERSEBUT.

Thursday, December 25, 2008

KEPUTUSAN PMR 2008

Keputusan PMR 30 Disember

PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) akan diumumkan pada Selasa, 30 Disember ini, kata Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom.
Dalam satu kenyataan media di sini semalam, beliau berkata, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada hari berkenaan mulai jam 10 pagi.
"Calon persendirian pula akan menerima keputusan masing-masing menerusi pos daripada Jabatan Pelajaran Negeri," katanya.
Seramai 472,060 calon menduduki peperiksaan bertulis PMR yang berlangsung dari 13 hingga 17 Oktober lalu di 3,458 pusat peperiksaan seluruh negara yang mana 93.8 peratus calon adalah dari sekolah Kementerian Pelajaran.

* DOA USTAZAH SEMOGA ANDA SEMUA MENDAPAT KEPUTUSAN YG CEMERLANG.

Thursday, December 11, 2008

CORAT CORET CUTI SEKOLAH

Assalamualaikum,lama betul tak jengok dan update blog ni bkn pe cuti2 ni sibuk sikit, selesaikan kerja sekolah untuk tahun depan, urus barang koperasi untuk jualan 2009, dan kematian tok (Hajah Maimunah bt Sheikh Uthman Jalaluddin AlKalantani(Pondok Penanti) pada 27hb November lalu. Tahun depan ada beberapa org guru SMKM akan bertukar ke sekolah lain iaitu Pn. Umi Khalthum akan bertugas di SMK Permatang Tok labu,Pn. Salma, En. Sabri, Ustazah Rusliza bertukar ke Pahang, Pn. Noraini ke Baling, Kedah. SMKM juga akan menerima beberapa orang guru baru. Untuk pengetahuan waris tingkatan satu 2009 yang menerima tawaran ke SMKM, pendaftaran form 1 akan diadakan pada 15hb dan pada hari tersebut jualan buku untuk form-form lain akan dibuka. Jualan buku untuk tingkatan satu akan dibuka pada 2hb januari.Kesempatan ini unit kokurikulum mengucapkan selamat bertukar kepada guru yang bertukar dan kami memohon ampun dan maaf seandainya ada salah dan silap sepanjang anda semua bertugas di SMKM dan unit kokurikulum mengucapkan selamat datang kepada guru-guru baru..