Sunday, July 20, 2008

PERKEMBANGAN STAF


Suasana sebelum bertolak ke Pulau Jerejak



Suasana dalam feri semasa perjalanan ke Pulau Jerejak

Sempat gi tu bergambar sebelum aktiviti.

Sesi perbincangan dalam kumpulan

Sesi pembentangan hasil perbincangan dalam kumpulan

Antara aktiviti dalam kumpulan

En. Hashim dlm perjalanan ke tempat flying fox

Pn. Suraya dan Pn. Rajesvary, mcm tak sabar je nak buat flying fox...

Senyum dalam takut sebenarnya ni...gayat...

Tn. Pengetua, Tn. Hj. Mohd. Noor, cool je kan??

Pn. Latipah, PK Pentadbiran, cool je nampok,dok gayat ke??

Pn. Hjh Badariah,PK HEM

En. Aidi , PK Kokurikulum dan Cikgu Shah

Persiapan sebelum flying fox...sibuk cari saiz tali pinggang, ada ke saiz??

Sape kata cikgu perempuan penakut...

Cikgu Shah dgn aksi berani matinya... dah isi borang takaful ke belum??...

Pada 19hb Julai 2008, SMKM telah mengadakan perkembangan staf di Pulau Jerejak. Di sana pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya ceramah menangani stress, ye la kdg2 cikgu2 rasa stress gak bila pelajar tak nak dengar arahan, dibebani kerja2 lain dan nak pi ke Pulau Jerejak ni pun mula2 rasa stress sbb dikabarkan semasa di pulau ni akan dijalankan aktiviti lasak...memang tak minat langsung aktiviti lasak dan tak boleh lasak..almaklumlah dah tue...stress sgt bila fikir...Semasa ceramah menangani stress ini diselitkan aktiviti dalam kumpulan...ada kumpulan yang dikehendaki menjawab soalan dan kumpulan yang dikehendaki berlakon...kumpulan lakonan yang paling cemerlang ialah kumpulan pengetua...pengetua memang sporting habis....pendek kata kalau nak cari pelakon tambahan boleh le ambil group ni berlakon....selepas solat, kami dibawa ke tempat menjalankan aktiviti flying fox, nak ke sana terpaksa mendaki bukit, melintasi titi gantung (kecut perut gak le...gayat)...ramai gak cikgu2 yang cuba flying fox ni...yg berani je le...selepas tu kami meneruskan aktiviti explorace...biasanya kita buat kat pelajar kali ni cikgu plk berlari2 cari jawapan...penat...explorace ni dimenangi oleh kumpulan pengetua....lepas solat asar, kami bertolak pulang kira-kira pukul 6.00 petang...

Wednesday, July 16, 2008

PROGRAM AKADEMIK KEPIMPINAN UNGGUL (AKU)

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING

1. Nama aktiviti : Program Akademik Kepimpinan Unggul (AKU)

2. Anjuran : Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Mengkuang

4. Tarikh : 11-13 Julai 2008

5. Tempat : Teluk Kumbar, Pulau Pinang..

6. Pelajar Terlibat : 32 orang pelajar

Ketua & Penolong Ketua Kelas

Ahli Koperasi

7. Guru Terlibat : Mohd Sabri b. Taib, Norhayati bt Ismail

8. Latar Belakang :

Program akademik kepimpinan unggul (AKU) adalah penting dalam melatih ketua kelas agar mereka menjadi seorang pemimpin yang yang berpengetahuan serta dapat mengaplikasikannya dalam menjalankan tugas sebagai orang harapan guru-guru khususnya Guru Tingkatan.

Dalam program ini barisan pimpinan akan diberi kefahaman tanggungjawab perlu dilaksanakan. Dengan kefahaman ini mereka akan melaksanakan dengan lebih semangat dan puas kerana memahami erti tujuan perjuangan di sekolah. Lima elemen akan diterap dalam jiwa pemimpin ialah BERANI,TEGAS, PENGORBANAN, AMANAH & AKHLAK MULIA.

9. Objektif :

9.1 Melahirkan kefahaman erti tanggungjawab.

9.2 Membentuk keperibadian kepimpinan dan berakhlak mulia.

9.3 Melatih sikap keberanian dan ketegasan dalam melaksanakan tugas.



Inilah istanaku...
Pembentangan tugasan
Latihan Kematian
Permainan jaga iman
Makan berjemaah cara nabi
Latihan Ketahanan diri
Solat itu tiang agama.....

Alamak, gelapnya..apa aku pegang ni...takut gak
Para peserta kem bergambar bersama-sama kaunselor dan fasilitator

Tuesday, July 8, 2008

SUKANEKA


Kapten pasukan sedang mengatur strategi camne nak menang.

Sesekali dapat main ayaq lupa spm 5 bln lagi je didi no....

Monday, July 7, 2008

PROGRAM KEMBARA KERJAYA 2008








Khusyuknye dengar taklimat

1. Nama aktiviti : Program Kembara Kerjaya

2. Anjuran : Unit Bimbingan danKaunseling SMK Mengkuang

3. Tarikh : 23 Jun 2008

4. Tempat : Institut Latihan Perindustrian Kepala Batas, P.Pinang

5. Pelajar Terlibat : 43 orang pelajar

Tingkatan 5 IR & 5 AR

Ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya

6. Guru Terlibat : Mohd Sabri b. Taib

Asma’ Laili bt. Ab. Ghani

7. Latar Belakang :

Program ini merupakan kesinambungan daripada program Minggu Kerjaya yang telah diadakan pada bulan April yang lepas. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar yang mendapat keputusan akademik pada peringkat pertengahan agar meraka mengetahui peluang lain yang ada dihadapan selain dalam bidang akademik. Selain itu, para peserta juga terdiri daripada ahli Kelab Bimbingan & Kerjaya.
8.
Objektif :
- Memberi pendedahan tentang peluang menyambung pengajian selain daripada bidang akademik
- Mengetahui peluang latihan-latihan kemahiran yang ada.
- Memberi pengalaman berguna kepada para peserta untuk kebaikan diri dan rakan-rakan yang lain.

BERITA DAN GAMBAR DISUMBANGKAN OLEH:
EN. MOHD SABRI BIN TAIB,
KAUNSELOR SMK MENGKUANG



Friday, July 4, 2008

Wednesday, July 2, 2008

KEM PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) & SKIM LENCANA ANTI DADAH (SLD) 2008

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING


Program : Kem Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)&Skim Lencana Anti Dadah (SLAD) 2008

Tempat : Rimba Rekreasi Bukit Wang, Jitra, Kedah Darul Aman.

Tarikh : 11 hingga 13 Jun 2008 (Rabu, Khamis & Jumaat)

Peserta : 20 orang ahli PRS dan 20 orang ahli SLAD
Guru Terlibat :

En. Mohd Sabri b. Taib

Pn. Asma' Laili bt. Ab. Ghani

Pn. Norhayati bt. Ismail


Sinopsis :


Program ini diadakan untuk memberi latihan secara khusus kepada ahli-ahli PRS & SLAD agar mereka mempunyai pengetahuan untuk menjadi pelajar yang boleh membimbing diri sendiri dan pelajar-pelajar lain ke arah poisitif diri. Para peserta ini diharapkan agar menjadi ejen-ejen yang boleh mewujudkan suasana sekolah yang boleh membentuk pelajar-pelajar yang berada di landasan yang betul untuk menjadi insan yang cemerlang di dunia dan terutama sekali di akhirat.

Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan ialah :

- Sesi Ceramah

- Latihan Dalam Kumpulan

- Latihan Kembara Minda

- Keagamaan

- Aktiviti Fizikal seperti Jungle Trekking & Senaman kecerdasan dan lain-lain




Sesi Taklimat...dengo molek sket ape cikgu nak kabo....
Lepas mkn sampah letak dlm supik gelenya, jgn buang dlm sungai pulok
Ni le cara superman bersenam....
1, 2, 3 , terbanggggggggggg.......

Hati2 sikit ada pacat.............

Ni tengah jampi ke atau berzikir ...????
Pelajar sedang tekun menyiapkan tugasan semasa LDKSesi perbentangan hasil kumpulan LDK

BERITA DAN GAMBAR SUMBANGAN :
EN. MOHD. SABRI BIN TAIB,

KAUNSELOR SMK MENGKUANG